Saturday, September 6, 2008

PENDAHULUAN

Kursus ini adalah inisiatif DARUL KARYA PUBLISHING ( Penerbit akhbar dan majalah ) dengan sokongan padu ARTISTE TALENT AGENCY ( agensi artis terkemuka) untuk menjadikan lebih ramai lagi pelakon-pelakon di Malaysia. Sejak tahun 2006, banyak syarikat-syarikat ditubuhkan untuk menerbitkan drama, filem dan juga VCD. TV kerajaan dan swasta juga kini banyak menerbitkan drama-drama untuk tontonan rakyat Malaysia. Walaupun itu adalah satu perkembangan yang sihat, namun banyak syarikat produksi bermasalah untuk mendapatkan pelakon-pelakon. Maka dengan itu kita dapat lihat bahawa pelakon yang sama sering berlakon dalam drama dan filem.
Kursus ini adalah untuk menjadikan mereka yang berbakat dan berminat merealisasikan harapan dan cita-cita untuk menjadi seorang pelakon. Kami mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan produser, penerbit, pengarah, penulis skrip dan juga pelakon-pelakon popular yang mana boleh membantu anda untuk menjadi pelakon yang berilmu dan mungkin satu hari nanti anda akan jadi terkenal.!

MATLAMAT:
1. Mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia lakonan
2. Memberi ilmu lakonan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pelakon
3. Memeriahkan dunia seni lakonan di Malaysia dengan pelakon yang baik dan berilmu
4. Menjadikan insan seni lakon dipandang mulia oleh masyarakat kerana berilmu dan bukannya mengharapkan wajah semata-mata.
5. Memberi pendedahan kepada peserta tentang selok belok dunia penggambaran
6. Melahirkan ramai pelakon yang boleh mengharumkan nama negara di luar negara dengan lakonan yang terbaik.
7. Menyokong dan membangun industri drama dan filem tanah air


KENAPA ANDA PERLU SERTAI?
1. Mendapat tunjuk ajar dari pelakon dan pengarah yang terkenal tentang dunia lakonan
2. Peluang anda untuk menjadi pelakon makin hampir
3. Berpeluang mengetahui rahsia menjadi pelakon yang mungkin anda tak dapat ketahui di tempat lain

JAMINAN MENJADI PELAKON
Pihak kami akan menerbitkan banyak drama, filem dan VCD pada masa akan datang. Ini adalah peluang anda untuk mencapai impian anda kerana kami mengutamakan peserta kursus sebagai pelakon-pelakon kami.

SIAPAKAH PELAKON YANG MEMPUNYAI
ASAS LAKONAN DAN TERUS BERJAYA?
Pelakon yang hingga kini masih bertahan dan terus nama mendapat sanjungan ialah pelakon yang baik dan berilmu. Antara pelakon yang pada mulanya mendapat pendidikan asas dalam dunia lakonan ialah seperti Jalaludin Hassan, Rosyam Nor, Fasha Sandha, Umie Aida, Erma Fatima, Wan Maimunah, Norman Hakim, Zulkifli Ismail, Erra Fazira, Mubarak Majid, Abby Abadi, Imuda, Ahmad Busu, Sabri Yunus, Mior Hashim Manap, Amy Mastura, Maya Karin, Nasha Aziz, Ahmad Tamimi Siregar dan banyak lagi.

APA YANG ANDA BELAJAR BILA SERTAI KURSUS KAMI?

1. Persiapan menjadi seorang pelakon
2. Cara dan teknik menghayati watak
3. Latihan vokal dan olah tubuh
4. Latihan pernafasan
5. Cara bagaimana bila menghadapi kamera
6. Mencipta karektor untuk watak yang diberi
7. Mendalami cara bagaimana mahu menguasai babak-babak
8. Teknik dan cara menghafal skrip
9. Teknik mengubah dialog ketika penggambaran
10. Mencipta watak

PAKEJ ‘KURSUS ASAS LAKONAN’

Bila anda menyertai kursus ini, anda akan menikmati kemudahan yang kami sediakan seperti:

- PENGANGKUTAN ( KL – KE TEMPAT KURSUS)
- PENGINAPAN ( 3 hari 2 malam di HOTEL/RESORT)
- MAKAN MINUM 3 HARI
( sarapan / minum pagi / makan tengahari / minum petang / makan malam)
- ALATAN PEMBELAJARAN ( pen/kertas/fail)
- SIJIL PENYERTAAN
- CENDERAMATA KHAS


Bayaran pakej: RM400
(Oleh kerana kami hanya memerlukan 40 orang setiap sessi untuk menyertai kursus ini, pihak kami tidak menjanjikan anda dapat menyertainya. Cara yang terbaik ialah anda mendaftar awal bagi mengelak kesulitan. )

CARA MENDAFTAR
Anda boleh menghantar pemohonan /
pendaftaran anda melalui pos ke alamat pengurusan kami di
KURSUS ASAS LAKONAN (Daftar ),
260-2-1, WISMA MUTIARA GENTING,
JALAN GENTING KELANG, 52300 SETAPAK,
KUALA LUMPUR atau hubungi
03- 40233359, Faks 03-40231154 /
018-2316556/0196424211

BAYARAN boleh dibuat melalui money order
/postal order/ cek ke atas nama DARUL KARYA PUBLISHING

BAYARAN ANSURAN:

Keistimewaan ini diberi untuk anda yang benar-benar berminat menyertai kursus ini, tetapi tidak mampu membayar sekaligus. Pihak pentadbiran kami bersetuju untuk menerima bayaran ansuran sebanyak 3 kali. RM 400 ( RM 140 X 3 ) dengan syarat anda mendaftar awal sebelum kuota penyertaan penuh.

TARIKH AKHIR BAYARAN: 2 DISEMBER 2004

1 comment:

Anonymous said...

Best Pokies Games Online with free spins at the best casino site
Try over 250 바카라 popular slot games with bonus spins at the best online casino deccasino site. Grab free spins on 카지노 slots.lv Casino Bonus. No Deposit Required.